WEBMISTRESS DISCLAIMER TAGBOARD

Hello readers!Hello and welcome to this blog
This blog is just created on June 24th, 2010
By Aqilah and WanieDesign byCynna...
Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a message!
Find something!
Photo of the Day
Time&Date


Ear warmings


Archives



Credits
A Round of Applause to the following
Image: Cyworld KR
Host: Blogger
Scripts : Dynamic Drive
Sejarah
Written @ 10:38 PM

Pusat Sumber SMK Mutiara mula beroperasi pada tahun 2001. Pusat Sumber ini merupakan kesinambungan daripada sekolah yang lama iaitu SMK Membedai yang terletak di kawasan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Pusat Sumber di sekolah ini terdiri daripada unit-unit utamanya seperti Perpustakaan, Bilik Alat Pandang Dengar (APD), Bilik Akses Kendiri (SAL), Makmal Bahasa, Makmal Komputer dan Bilik Pusat Akses Media. Namun begitu secara keseluruhannya, keseluruhan kawasan sekolah yang memberikan maklumat dan pengetahuan kepada warga sekolah juga tergolong dalam sumber. Contohnya seperti Laluan Ilmu, Pondok bacaan , Galeri Seni, Sudut PPDA dan Sudut Akhbar.
Unit-unit Pusat Sumber kesemuanya terletak di aras tiga bangunan Begonia. Lokasi sumber-sumber yang lain terletak berdekatan dengan laluan utama warga SMK Mutiara.

Labels:


Misi Kami
Written @ 10:37 PM

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai hub ilmu yang dilengkapi sumber media yang pelbagai serta memiliki koleksi pengetahuan dan maklumat yang luas, terkini lagi bervariasi dalam membentuk pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Labels:


Motto
Written @ 10:36 PM
Pusat Sumber Sekolah Pemangkin Kecemerlangan Warga

Labels:


Matlamat
Written @ 10:35 PM
  • Meningkatkan mutu pendidikan dalam aspek penggunaan teknologi
  • Menjana profesionalisme perguruan kea rah pembentukan guru celik ilmu, kreatif, inovatif serta efektif.
  • Melahirkan pelajar yang berkemampuan lagi berketrampilan dalam persaingan menguasai ilmu yang berteraskan penggunaan teknologi maklumat secara teori dan praktikal
  • Menjadikan warga SMK Mutiara sebagai masyarakat pencinta ilmu dan berbudaya membaca

Labels:


Objektif
Written @ 10:34 PM
  • Menyediakan sumber rujukan yang lengkap dan menyeluruh bagi kemudahan guru dan pelajar.
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru menyampaikan maklumat dengan bantuan teknologi
  • Meningkatkan profesionalisme dan kemahiran guru
  • Mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat bagi kegunaan kurikulum dan kokurikulum.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mendapatkan alat bantuan mengajar untuk kegunaan guru dan pelajar

Labels:


Peranan
Written @ 10:33 PM

Pusat sumber sekolah kami mempunyai peranan yang tertentu iaitu:

  • Ilmu
  • Maklumat
  • Rujukan
  • Media
  • Penghasilan kepada bahan P&P
  • Aktiviti Pelajar
  • Rekreasi
  • Jaya diri ataupun Self-Learning

Labels:


Waktu Perkhidmatan
Written @ 10:26 PM
  • Isnin-Khamis (7.oo pagi-5.00 petang)
  • Jumaat (7.00 pagi-11.30 pagi)(2.00 petang-5.oo petang)
  • Sabtu & Ahad Cuti

Labels: